Mahkamah: Mahkamah Majistret Kangar
No. Kes: RA-83D-257-01/2023
Tarikh Keputusan: 26 Februari 2025
Tertuduh: Amirul bin Azman
Jenis Kes: Jenayah – Pemilikan Methamphetamine di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dihukum bawah Seksyen 39A(1)
Ringkasan: Tertuduh didakwa memiliki 5.35 gram Methamphetamine di rumah sewa. Semasa serbuan, pihak polis menemui dadah dalam sebuah beg dalam bilik di tingkat atas. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan gagal membuktikan pemilikan eksklusif atau pengetahuan tertuduh terhadap dadah tersebut. Tiada bukti yang menghubungkan terus tertuduh dengan lokasi dadah ditemui, dan siasatan turut gagal mengesahkan status penyewa sebenar rumah. Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan melepaskan serta membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Majistret Kangar
No. Kes: RA-83D-2243-11/2023
Tarikh Keputusan: 17 Februari 2025
Jenis Kes: Jenayah – Pemilikan ganja di bawah Seksyen 6 ADB 1952
Ringkasan: Polis menjumpai dadah dan alat berkaitan ganja di rumah tertuduh. Mahkamah menilai kes prima facie. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Tinggi Kangar
No. Kes: RA-22NCVC-5-11/2018
Tarikh Keputusan: 28 April 2023
Tertuduh: Hidzir bin Ahmad (Defendan)
Jenis Kes: Sivil – Tuntutan hak milik hartanah dan pemegang amanah
Ringkasan: Plaintif menuntut hak pemilikan dua hartanah secara benefisial. Mahkamah menolak tuntutan plaintif dan membenarkan tuntutan balas defendan. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Tinggi Kangar
No. Kes: RA-22NCVC-3-06/2020
Tarikh Keputusan: 29 November 2022
Jenis Kes: Sivil – Bantahan awal pelantikan peguam
Ringkasan: Plaintif mencabar pelantikan peguam cara defendan. Mahkamah membenarkan permohonan bantahan awal dan mengisytiharkan pelantikan tersebut tidak sah. lebih lanjut
Mahkamah: Tribunal Rayuan Persaingan
No. Kes: TRP 1-2022, TRP 2-2022, TRP 3-2022
Tarikh Keputusan: 17 November 2022
Jenis Kes: Rayuan – Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (penetapan harga)
Ringkasan: Beberapa syarikat feri merayu terhadap keputusan MyCC berkaitan perjanjian harga tambang dan insurans. Tribunal meneliti struktur pemilikan dan konsep ‘single economic entity’. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Sesyen Kangar
No. Kes: RA-62JS-4-06/2020
Tarikh Keputusan: 2022
Tertuduh: Hassan Murat
Jenis Kes: Kes jenayah – Sumbang mahram dan cubaan sumbang mahram di bawah Seksyen 376B & 376B/511 Kanun Keseksaan
Ringkasan:
Tertuduh didapati bersalah atas dua kesalahan merogol dan satu cubaan merogol anak kandungnya sendiri. Mahkamah menerima keterangan konsisten mangsa serta bukti dokumentari yang mengesahkan hubungan bapa-anak. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Sesyen Kangar
No. Kes: RA-62JSK-7-03/2020
Tarikh Keputusan: 2022
Tertuduh: Ku Nurhusaini Ku Nizam
Jenis Kes: Jenayah seksual terhadap kanak-kanak – Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Ringkasan: Tertuduh didakwa meraba dan mencium seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun. Keterangan mangsa disokong oleh saksi lain, dan mahkamah mendapati terdapat kes prima facie untuk tertuduh membela diri. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Tinggi Malaya di Kangar (Rayuan)
No. Kes: RA-42S-6-12/2020
Tarikh Keputusan: 7 Oktober 2021
Perayu: Sharilfuad Idros
Responden: Pendakwa Raya
Jenis Kes: Rayuan jenayah – Rompakan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan
Ringkasan: Perayu merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara 2 tahun. Mahkamah mendapati hakim perbicaraan gagal membuat penilaian maksimum terhadap keterangan dan membatalkan sabitan atas alasan berlaku ketidakadilan. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Tinggi Kangar
No. Kes: RA-42JSKH-3-06 hingga RA-42JSKH-9-06/2019
Tarikh Keputusan: 10 Jun 2021
Jenis Kes: Jenayah – Kesalahan seksual terhadap kanak-kanak
Ringkasan: Tertuduh menghadapi 25 pertuduhan jenayah seksual. Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman berat. Rayuan hanya dibenarkan sebahagian. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Tinggi Kangar
No. Kes: RA-42ES-1-12/2019
Tarikh Keputusan: 16 April 2021
Jenis Kes: Rayuan Jenayah – Langgar arahan JAS (Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling)
Ringkasan: Fermpro gagal patuh kepada notis meleraikan komponen pam efluen. Sabitan dan denda RM30,000 dikekalkan. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Tinggi Kangar
No. Kes: RA-42S-4-08/2019
Tarikh Keputusan: 16 April 2021
Tertuduh: Lim Li Li
Jenis Kes: Jenayah – Pemerdagangan orang untuk eksploitasi kerja paksa di bawah Seksyen 13 Akta ATIPSOM 2007
Ringkasan: Perayu disabitkan kerana memperdagangkan seorang wanita warga Indonesia untuk kerja paksa menggunakan kekerasan dan ancaman. Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan pampasan RM4,000 kepada mangsa. Rayuan terhadap sabitan ditolak tetapi Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan terhadap kos pendakwaan RM3,000. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Tinggi Kangar
No. Kes: RA-42S-4-08/2019
Tarikh Keputusan: 16 April 2021
Tertuduh: Lim Li Li
Jenis Kes: Jenayah – Pemerdagangan orang untuk eksploitasi kerja paksa di bawah Seksyen 13 Akta ATIPSOM 2007
Ringkasan: Perayu disabitkan kerana memperdagangkan seorang wanita warga Indonesia untuk kerja paksa menggunakan kekerasan dan ancaman. Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan pampasan RM4,000 kepada mangsa. Rayuan terhadap sabitan ditolak tetapi Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan terhadap kos pendakwaan RM3,000. lebih lanjut
Mahkamah: Mahkamah Tinggi Malaya di Kangar
No. Kes: 22NCVC-03-03/2015
Tarikh Keputusan: 21 Ogos 2015
Hakim: Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar
Plaintif: Microsoft Corporation
Defendan: Zamri Yusoff
Jenis Kes: Tuntutan sivil berkaitan pelanggaran hak cipta
Ringkasan: Microsoft menyaman defendan atas dakwaan penggunaan tidak sah perisian berhak cipta. Writ telah dibatalkan atas sebab ketidakhadiran peguam plaintif, namun mahkamah membenarkan writ dihidupkan semula setelah melihat tindakan segera dan kesungguhan pihak plaintif. lebih lanjut